HI Everyone!!!!!
   
WELCOME TO TEOH'S GREATEST PAGE
 
This is my SuperPage

Teoh Tean Chun
on
23rd Sep 1998

I'm 14 years old, from Malaysia.





 
I am The Most Perfect Man in the world
http://meltingpot.fortunecity.com/nicola/135 http://campus.fortunecity.com/shakespeare/291

1. Menghafal 20 unsur yang pertama dalam jadual berkala
Cerita berikut boleh membantu anda menghafalkan 20 unsur pertama dalam jadual berkala.
Hint ! He
Lives Behind Bukit Cina North Of France Never
Name Mg Always Sing Pop Song Clean Area
Keep Cat

2. Menghafal bilangan cas pada ion.
Cas pada ion positif
Kebayakan ion logam bercas +2. Ini bermakna anda hanya perlu meningat ion logam yang bercas +1, +3, dan lain-lain.
(a) Ion logam yang bercas +1 ialah ion logam dalam KUMPULAN I iaitu Li+, Na+, dan K+. Lain-lain ion yang bercas +1 ialah Ag+, NH4+, dan H+.
(b) Ion logam yang bercas +3 ialah Al3+.
(c) Nombor Roman pada suatu ion logam menunjukkan bilangan casnya. Misalnya, ion ferum(II) = Fe2+ dan ion ferum(III) = Fe3+.
Cas pada ion negatif
Kebayakan ion negatif bercas -1. Ini bermakna anda hanya perlu meningat ion negatif yang bercas -2 dan -3.
(a) Beberapa ion negatif yang bercas -2 ialah O2-, SO42-, CO32-, CrO42-, dan Cr2O72-.
(b) Ion bercas -3 yang umum ialah PO43-

3. Menentukan formula sebatian kovalen
Formula sebatian kovalen boleh ditentukan dengan mudah secara mencari nisbah elektron-elektron yang diperlukan untuk mencapai susunan elektron oktet.
Misalnya,
(a) Tetraklorometan (terdiri daripada karbon dan klorin)
Unsur Karbon Klorin
Susunan elektron 2, 4 2, 8, 7
Bil. elektron yang diperlukan 4 1
Saling tukar bil. elektron yang diperlukan 1 4
Nisbah 1 : 4
Jadi, formula bagi tetraklorometana ialah CCl4.
(a) Karbon dioksida (terdiri daripada karbon dan oksigen)
Unsur Karbon Oksigen
Susunan elektron 2, 4 2, 6
Bil. elektron yang diperlukan 4 2
Saling tukar bil. elektron yang diperlukan 2 4
Nisbah 1 : 2
Jadi, formula bagi karbon dioksida ialah CO2.

4. Mengimbang persamaan pembakaran alkana, alkena, dan alkohol.
Persamaan pembakaran alkana, alkena, dan alkohol boleh diseimbangkan dengan mudah dengan mengira bilanagan atom C dan atom H dalam setiap sebatian itu.
Misalnya,
(a) C2H4 + O2 -------> CO2 + H2O
Terdapat 2 atom C dan 4 atom H dalam etena (C2H4 )
Tambahkan 2 di depan CO2
Tambahakan 2 di depan H2O
Jadi , C2H4 + O2 -------> 2CO2 + 2H2O
Kira bilanagn atom O di sebelah kanan, iaitu (2x2 +2= 6)
Tambahkan 3 di depan O2.
Jadi, C2H4 + 3O2 -------> 2CO2 + 2H2O sudah seimbang.
(b) C3H6 + O2 -------> CO2 + H2O
Terdapat 3 atom C dan 6 atom H dalam propana (C3H6 )
Tambahkan 3 di depan CO2
Tambahakan 3 di depan H2O
Jadi , C3H6 + O2 -------> 3CO2 + 3H2O
Kira bilanagn atom O di sebelah kanan, iaitu (3x2 +3= 9)
Tambahkan pecahan 9/2 di depan O2.
Jadi, C3H6 + 9/2O2 -------> 3CO2 + 3H2O sudah seimbang.

This page hosted by Get your own Free Home Page


Elektrolisis Leburan Plumbum(II) Bromida
Semasa elektrolisis leburan plumbum(II) bromida berlaku, ion plumbum(II) bergerak ke katod dan ion bromida bergerak ke anod. Ion bromida menyahcas secara membuang elektronnya kepada anod. 2Br - - e ---> Br2 Dua atom bromin akan membentuk satu molekul dwiatom bromin. Wap bromin berwarna perang terbebas pada anod. Ion plumbum(II) menyahcas secara menerima 2 elektron dari katod. Pb2+ + 2e -----> Pb Logam plumbum berwarna kelabu kilat terbentuk.
Nota Ringkas Teori Ion Elektrolit terdiri daripada sebatian ionik yang lebur atau terlarut dalam air. Dalam leburan atau larutan akueus, sebatian ionik terurai kepada ion positif dan ion negatif. Ion-ion yang bebas bergerak inilah yang mengalirkan arus lelktrik.
Mengapakah pepejal plumbum(II) bromida tidak mengalirkan arus elektrik ?
Dalam pepejal plumbum(II) bromida, ion Pb2+ bercas positif dan ion Br - yang bercas negatif diikat bersama oleh daya tarikan elektrostatik yang kuat. Ion -ion itu hanya bergetar dan berputar pada kedudukan yang tetap, tidak boleh bergerak bebas. Jadi, pepejal plumbum(II) bromida tidak mengalirkan arus elektrik.
Dalam leburan plumbum(II) bromida, daya tarikan elektrostatik yang kuat sudah diatasi oleh tenaga haba yang diserap. Ion Pb2+ bercas positif dan ion Br - yang bercas negatif adalah bebas bergerak. Ion-ion yang bebas bergerak inilah yang bertanggungjawab ke atas pengaliran arus elektrik.

 
This Is My Ultra Interest
My interests:
  • Cartoons/Comic Books
  • Comedy
  • Computers/Technology
  • Dance/Theatre
  • Movies/TV
  • Music: Dance Music
  • Music: R and B, Soul
  • Music: Rock and Pop
  • School/College
  • Sports: Basketball
  • Sports: Mountain Biking
  • Sports: Soccer
  • Travel




 
Favorite Links
 
.

The Best

.

Best

.

Best

This page has been visited times.